Karya

Adik Datang
Adik Datang
Genre: Novel
Mukasurat: 452
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 9834119607
Kulit Keras

Buminya di Tanah Melayu; eranya riak empat puluhan; kisahnya cinta dan duka manusia. Segalanya bermula dalam gelora awal Perang Dunia Kedua, di mana segelintir manusia amat sederhana mula menanggung luka peribadi dan lara bangsa.

Suhaidah, janda derita menanti bayi kedua; Wagiman, bekas pejuang masih membara; Rasimah, isteri setia terus terdera; Dzulkifli, pewaris amah membangun madrasah – mereka membauri kisah manusia dekad empatpuluhan ini dengan batin yang berdegup cemas sebelum meledak bom pertama di Malaya.

Mereka adalah himpunan manusia gamam di bawah segahan awan perang. Secara berdikit, kalungan kisah-kisah sederhana seputar mereka meyerlahkan makna kehidupan sebuah masyarakat kecil pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai karenah.

Dengan bahasa jernih limapuluhan, imbas hasrat Malindo dan langgam barat, dalam citarasa ASAS 50, novel ini merakamkan sebuah kehidupan sebelum Perang Dunia Kedua sesetianya. Hanya sesekali sebuah karya sastera sempat serentak menggabungkan kehidupan dan kesenian.

Dirgahayu Dr. Mahathir buku01-mahathir
Dan Kepada Pemimpin Yang Itu

Genre: Kumpulan Puisi
Mukasurat: 88 halaman
Cetakan Pertama: 2004
ISBN: 9834119615
Kulit Keras

Terkadang sesuatu peristiwa besar dalam negara cepat merangsang seseorang seniman merakamkannya. Selalunya rakaman itu tidaklah semudah dijangka. Begitulah yang berlaku kepada dua buah puisi yang tercipta pada dua waktu berbeda yang mencatat detik peralihan kuasa politik tanah air. Puisi-puisi ini (yang sebuah ditulis pada abad ke-20 dan sebuah lagi pada abad ke-21) ternyata amat sokong menyokong sehingga kata-kata turut sempat meninggalkan kuasa magisnya.

Tidak tersangka bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad hampir secara mendadak melepaskan tampuk kuasa tertinggi tanah air. Tidak juga terduga bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bakal meneruskan tanggungjawab besar itu.

Dua puisi ini barangkali menjadi amat penting kerana kesempatannya memasuki dan merakam keharuan dan hati nurani dua orang pemimpin yang melalui satu fasa peralihan kuasa itu.

Seiring dengan proses peralihan kuasa itu turut juga terakam proses penciptaan puisi “Dirgahayu Dr. Mahathir”, satu-satunya rakaman seni yang amat berguna kepada dunia sastera Malaysia. Mudah-mudahan, catatan kreatif ini dapat turut sama memasuki sejarah politik negara secara membina.

Rindu Ibubuku04-rindu
Genre: Kumpulan Puisi
Mukasurat: 117 halaman
Cetakan Kedua: 2006
ISBN: 9834119615
Kulit Keras

Kumpulan puisi kanak-kanak menjelang remaja karya A. Samad Said ini menghimpunkan 101 buah puisi. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan remaja yang ingin berjinak-jinak dengan puisi. Ia digarap dengan bahasa yang mudah, diksi yang tepat dan akan cepat dihadam oleh khalayaknya.

Menurut beliau, “Dalam dunia kesusasteraan Melayu, saya rasa, puisi kanak-kanak yang mudah, tapi indah, inilah yang terlalu kurang. Tidak saja oleh kerinduan yang saya katakan itu, tapi rasa tangungjawab juga merangsang saya untuk dengan payahnya menyudahkan antologi puisi ini. Saya percaya kanak-kanak memang perlu didedahkan kepada puisi-puisi yang mudah, tapi indah.”

“Makanya, di sini saya sempat menyudahkan – dan memilih hanya yang mudah, baik dan indah – 101 buah puisi yang saya senangi, malah sayangi. Hanya sebuah – ” Merindu Buku” – yang pernah tersiar, sementara yang lain baru kali pertama diperkenalkan dalam antologi ini. Kerana susunan temanya yang terpilih, bertingkat dan bersukat, maka saya kira antologi puisi ini sesuai untuk pembacaan kanak-kanak menjelang remaja.”


Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
buku05-bulan
Genre: Novel
Mukasurat: 97 halaman
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 983411964x
Kulit Keras

Berlatar belakangkan perang dingin antara China dan India pada dekad 60-an abad lalu, A. Samad Said cuba menghantar sebuah kisah cinta rumahtangga melalui pengalaman dua buah keluarga-sebuah ghairah menghayati sejarah larnbang cinta, sementara sepasang lagi resah berusaha menghidupkan api cinta itu.

Melalui “Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri”, kita dicabar untuk menjawab pertanyaan mana yang lebih penting: Sebuah kesan sejarah atau cinta manusia itu sendiri.

Ilham Di Tepi Tasikbuku03-ilham
Genre: Esei
Mukasurat: 166 halaman
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 9834119631
Kulit Keras

Buku Ilham Di Tepi Tasik ini adalah koleksi esei terpilih A. Samad Said selepas Tangan Yang Simpatik, Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang) dan Antara Bulan Dan Wira.

Berbeza daripada antologi-antologi sebelumnya, Ilham Di Tepi Tasik ditangani dengan cermat, menghimpunkan esei-esei indah, bernas dan berisi.

Kali ini A. Samad Said tekun menyoroti aneka ragam dan sudut seni yang menyerlahkan keindahan dan misteri kehidupan seniman; menyerlahkan wajah dan hati sasterawan-sasterawan terpenting Cina dan Arab; mengamati sumbangan penulis-penulis penting tanah air, di samping menampilkan kisah-kisah tamsilan yang memujuk dan mengilhamkan.

Lantai T. Pinkiebuku02-tpinkie
Genre: Drama
Mukasurat: 112 halaman
Cetakan Pertama: 2006
ISBN : 9834119658
Kulit Keras

Muhairi, seorang bekas pemain akordion di Bunga Joget Moden, sedang hidup damai di Teluk Melano, Sarawak, mengakhiri masa tuanya apabila seorang mahasiswa, Loiran, datang bertanya tentang Hikayat Gul Bakawali. Permintaan itu cepat menghantarnya ke zaman dugaan yang selama ini sebenarnya serentak ingin dilupakan dan dikenanginya. Bagi Muhairi, terlalu banyak yang terkumpul dalam dekad singkat yang padat itu. Pada saat-saat begitu, Muhairi tidak lagi terbayangkan kisah Gul Bakawali, sebaliknya terkenang semula kehidupan dekad lima puluhannya.

Lantai T. Pinkie – seperti kata watak T. Pinkie sendiri -adalah tapak yang berulang-alik, penuh ritma yang riang, juga penuh detak yang muram.

Rindu Iburinduibu3
Genre: Kumpulan Puisi
Mukasurat: 117 halaman
Cetakan Ketiga: 2006
ISBN: 9834119615

Edisi Khas Sasterawan Negara
Keluaran untuk sekolah


Rindu Ibu

Genre: Kumpulan Puisi
Mukasurat: 117 halaman
Cetakan Keempat: 2006
ISBN: 9834119615

Edisi Santai
Keluaran Oktober 2006

Dari Salina ke Langit Petangdsklp
Genre: Autobiografi
Mukasurat: 112 halaman
Cetakan Pertama 2007 (Edisi Baru Wira Bukit)
ISBN: 9789834119669
Kulit Keras

Tidak ramai manusia yang sempat memikirkan apa ertinya kehidupan mereka. Makanya, dengan caranya sendiri, dengan kehalusan seninya dan kekayaan daya imaginasi dan pemikirannya, penulis yang seniman berupaya menyingkapkan pengalaman baru kepada sesiapa saja yang meresapi atau menghayati karyanya.

Cinta Fansuri
Genre: Novel
Mukasurat: 158 halaman
Cetakan Pertama 2007 (Edisi Baru Wira Bukit)
ISBN: 9789834119690
Kulit Keras

Pada awal Perang Iraq suasana dunia sangat resah dan mencemaskan. dalam kekalutan itulah seorang pencinta dipujuk untuk menyelesaikan masalah cinta seorang wanita yang lain.

Apakah segala ini kisah yang real atau ia tercetus oleh resah seorang seniman? Berlaku di dalam dan di luar negara, cinta Fansuri adalah satu pengalaman syahdu yang tidak wajar dilepaskan.

Keledang
Genre: Novel
Mukasurat: 171 halaman
Cetakan Pertama 2007 (Edisi Baru Wira Bukit)
ISBN: 9789833922055
Kulit Keras

Keledang mengisahkan mengenai pengalaman getir dan cemas – tapi penuh harapan – sekumpulan penduduk kampung yang terjebak dalam cengkaman penjajahan Jepun.

Dalam novel ini dipaparkan bagaimana di tengah-tengah ancaman -malah penipuan – penjajah dan warga sendiri, sekelompok orang Kampung Bukit Keledang masih tetap gigih bertahan mengharungi dan menyakini masa depannya.

Novel ini terisi dengan pelbagai rencah pengalaman hidup yang bakal mengayakan khazanah pengalaman batin kita.

Rumah Rahsia
Genre: Novel Remaja
Mukasurat: 119 halaman
Cetakan Pertama 2008
ISBN: 9789833922093
Kulit Keras

Novel ini merakamkan kisah sekumpulan pelajar cerdik yang mengadakan sebuah ekspedisi tahunan pada musim cuti sekolah. Antara lain, mereka mendepani beberapa peristiwa ganjil dan masalah mencabar yang mendorong mereka untuk sentiasa belajar memupuk semangat bekerjasama secara penuh waspada dan waras.

Rumah Rahsia memanglah sebuah pengalaman dunia pelajar yang menarik dan membijaksanakan.

Yang Berat Sama Dipikul
Genre: Novel Remaja
Mukasurat: 77 halaman
Cetakan Pertama 2008
ISBN: 9789833922017
Kulit Keras

Yang Berat Sama Dipikul merakamkan kisah sekumpulan kanak-kanak membantu teman mereka untuk mula berniaga supaya dapat terus melanjutkan persekolahan.

Paduan watak remaja dan dewasa secara seimbang dan membina ini menjadikan novel kecil ini sangat mendidik dan mengilhamkan.

Ceritanya sangat sederhana, tapi kesannya amat mendalam.

Bendera Di Atas Bukit
Genre: Novel Remaja
Mukasurat: 94 halaman
Cetakan Pertama 2008
ISBN: 9789833922079
Kulit Keras

PADA dekad 1960-an ketika budaya SMS dan e-mel belum menetas, sekumpulan kanak-kanak berusaha mengisi masa cuti sekolahnya
secara pintar dan gigih.

Dalam bahasa yang mudah dan manis, itulah yang setia dirakamkan dalam novel “Bendera Di Atas Bukit” ini.

Apa yang dikesan adalah satu rentetan pengalaman menarik kanak-kanak abad lalu yang sangat wajar diketahui oleh kanak-kanak zaman ini.

“Bendera Di Atas Bukit” memang membimbing dan mendidik.


68 Soneta Pohon Ginkgo

Genre: Puisi
Mukasurat: 103 halaman
Cetakan Pertama 2008
ISBN: 9789833922116
Kulit Nipis

PADA dekad 1960-an ketika budaya SMS dan e-mel belum menetas, sekumpulan kanak-kanak berusaha mengisi masa cuti sekolahnya
secara pintar dan gigih.

Dalam bahasa yang mudah dan manis, itulah yang setia dirakamkan dalam novel “Bendera Di Atas Bukit” ini.

Apa yang dikesan adalah satu rentetan pengalaman menarik kanak-kanak abad lalu yang sangat wajar diketahui oleh kanak-