|
Karya Terbitan
Wira Bukit
» Senarai Karya

Adik Datang
Genre: Novel
Mukasurat: 452
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 9834119607
Kulit Keras
Buminya di Tanah Melayu;
eranya riak empat puluhan; kisahnya cinta dan duka manusia.
Segalanya bermula dalam gelora awal Perang Dunia Kedua, di
mana segelintir manusia amat sederhana mula menanggung luka
peribadi dan lara bangsa.
Suhaidah, janda derita menanti bayi kedua; Wagiman, bekas
pejuang masih membara; Rasimah, isteri setia terus terdera;
Dzulkifli, pewaris amah membangun madrasah - mereka membauri
kisah manusia dekad empatpuluhan ini dengan batin yang
berdegup cemas sebelum meledak bom pertama di Malaya.
Mereka adalah himpunan manusia gamam di bawah segahan awan
perang. Secara berdikit, kalungan kisah-kisah sederhana
seputar mereka meyerlahkan makna kehidupan sebuah masyarakat
kecil pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai karenah.
Dengan bahasa jernih limapuluhan, imbas hasrat Malindo dan
langgam barat, dalam citarasa ASAS 50, novel ini merakamkan
sebuah kehidupan sebelum Perang Dunia Kedua sesetianya.
Hanya sesekali sebuah karya sastera sempat serentak
menggabungkan kehidupan dan kesenian.

Dirgahayu
Dr. Mahathir Dan Kepada Pemimpin Yang Itu
Genre: Kumpulan Puisi
Mukasurat: 88 halaman
Cetakan Pertama: 2004
ISBN: 9834119615
Kulit Keras
Terkadang sesuatu peristiwa
besar dalam negara cepat merangsang seseorang seniman
merakamkannya. Selalunya rakaman itu tidaklah semudah
dijangka. Begitulah yang berlaku kepada dua buah puisi yang
tercipta pada dua waktu berbeda yang mencatat detik
peralihan kuasa politik tanah air. Puisi-puisi ini (yang
sebuah ditulis pada abad ke-20 dan sebuah lagi pada abad
ke-21) ternyata amat sokong menyokong sehingga kata-kata
turut sempat meninggalkan kuasa magisnya.
Tidak tersangka bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad hampir
secara mendadak melepaskan tampuk kuasa tertinggi tanah air.
Tidak juga terduga bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
yang bakal meneruskan tanggungjawab besar itu.
Dua puisi ini barangkali menjadi amat penting kerana
kesempatannya memasuki dan merakam keharuan dan hati nurani
dua orang pemimpin yang melalui satu fasa peralihan kuasa
itu.
Seiring dengan proses peralihan kuasa itu turut juga terakam
proses penciptaan puisi "Dirgahayu Dr. Mahathir",
satu-satunya rakaman seni yang amat berguna kepada dunia
sastera Malaysia. Mudah-mudahan, catatan kreatif ini dapat
turut sama memasuki sejarah politik negara secara membina.

Rindu
Ibu
Genre: Kumpulan Puisi
Mukasurat: 117 halaman
Cetakan Kedua: 2006
ISBN: 9834119615
Kulit Keras
Kumpulan puisi kanak-kanak
menjelang remaja karya A. Samad Said ini menghimpunkan
101 buah puisi. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan remaja
yang ingin berjinak-jinak dengan puisi. Ia digarap dengan
bahasa yang mudah, diksi yang tepat dan akan cepat dihadam
oleh khalayaknya.
Menurut beliau, "Dalam dunia kesusasteraan Melayu, saya rasa,
puisi kanak-kanak yang mudah, tapi indah, inilah yang
terlalu kurang. Tidak saja oleh kerinduan yang saya katakan
itu, tapi rasa tangungjawab juga merangsang saya untuk
dengan payahnya menyudahkan antologi puisi ini. Saya percaya
kanak-kanak memang perlu didedahkan kepada puisi-puisi yang
mudah, tapi indah."
"Makanya, di sini saya sempat menyudahkan - dan memilih
hanya yang mudah, baik dan indah - 101 buah puisi yang saya
senangi, malah sayangi. Hanya sebuah - " Merindu Buku" -
yang pernah tersiar, sementara yang lain baru kali pertama
diperkenalkan dalam antologi ini. Kerana susunan temanya
yang terpilih, bertingkat dan bersukat, maka saya kira
antologi puisi ini sesuai untuk pembacaan kanak-kanak
menjelang remaja."

Bulan
Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
Genre: Novel
Mukasurat: 97 halaman
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 983411964x
Kulit Keras
Berlatar belakangkan perang
dingin antara China dan India pada dekad 60-an abad lalu, A.
Samad Said cuba menghantar sebuah kisah cinta rumahtangga
melalui pengalaman dua buah keluarga-sebuah ghairah
menghayati sejarah larnbang cinta, sementara sepasang lagi
resah berusaha menghidupkan api cinta itu.
Melalui "Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri", kita dicabar
untuk menjawab pertanyaan mana yang lebih penting: Sebuah
kesan sejarah atau cinta manusia itu sendiri.

Ilham Di Tepi Tasik
Genre: Esei
Mukasurat: 166 halaman
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 9834119631
Kulit Keras
Buku Ilham Di Tepi Tasik ini
adalah koleksi esei terpilih A. Samad Said selepas Tangan
Yang Simpatik, Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama
Usman Awang) dan Antara Bulan Dan Wira.
Berbeza daripada antologi-antologi sebelumnya, Ilham Di Tepi
Tasik ditangani dengan cermat, menghimpunkan esei-esei indah,
bernas dan berisi.
Kali ini A. Samad Said tekun menyoroti aneka ragam dan sudut
seni yang menyerlahkan keindahan dan misteri kehidupan
seniman; menyerlahkan wajah dan hati sasterawan-sasterawan
terpenting Cina dan Arab; mengamati sumbangan
penulis-penulis penting tanah air, di samping menampilkan
kisah-kisah tamsilan yang memujuk dan mengilhamkan.

Lantai
T. Pinkie
Genre: Drama
Mukasurat: 112 halaman
Cetakan Pertama: 2006
ISBN : 9834119658
Kulit
Keras
Muhairi, seorang bekas
pemain akordion di Bunga Joget Moden, sedang hidup damai di
Teluk Melano, Sarawak, mengakhiri masa tuanya apabila
seorang mahasiswa, Loiran, datang bertanya tentang Hikayat
Gul Bakawali. Permintaan itu cepat menghantarnya ke zaman
dugaan yang selama ini sebenarnya serentak ingin dilupakan
dan dikenanginya. Bagi Muhairi, terlalu banyak yang
terkumpul dalam dekad singkat yang padat itu. Pada saat-saat
begitu, Muhairi tidak lagi terbayangkan kisah Gul Bakawali,
sebaliknya terkenang semula kehidupan dekad lima puluhannya.
Lantai T. Pinkie - seperti
kata watak T. Pinkie sendiri -adalah tapak yang
berulang-alik, penuh ritma yang riang, juga penuh detak yang
muram.

Rindu
Ibu
Genre: Kumpulan Puisi
Mukasurat: 117 halaman
Cetakan Ketiga: 2006
ISBN: 9834119615
Edisi Khas Sasterawan
Negara
Keluaran untuk sekolah

Rindu
Ibu
Genre: Kumpulan Puisi
Mukasurat: 117 halaman
Cetakan Keempat: 2006
ISBN: 9834119615
Edisi Santai
Keluaran Oktober 2006

Dari Salina ke Langit Petang
Genre: Autobiografi
Mukasurat: 112 halaman
Cetakan Pertama 2007 (Edisi Baru Wira Bukit)
ISBN: 9789834119669
Kulit Keras
Tidak ramai
manusia yang sempat memikirkan apa ertinya kehidupan mereka.
Makanya, dengan caranya sendiri, dengan kehalusan seninya
dan kekayaan daya imaginasi dan pemikirannya, penulis yang
seniman berupaya menyingkapkan pengalaman baru kepada
sesiapa saja yang meresapi atau menghayati karyanya.

Cinta Fansuri
Genre: Novel
Mukasurat: 158 halaman
Cetakan Pertama 2007 (Edisi Baru Wira Bukit)
ISBN: 9789834119690
Kulit Keras
Pada awal
Perang Iraq suasana dunia sangat resah dan mencemaskan.
dalam kekalutan itulah seorang pencinta dipujuk untuk
menyelesaikan masalah cinta seorang wanita yang lain.
Apakah segala ini kisah yang real atau ia tercetus oleh
resah seorang seniman? Berlaku di dalam dan di luar negara,
cinta Fansuri adalah satu pengalaman syahdu yang tidak wajar
dilepaskan.

Keledang
Genre: Novel
Mukasurat: 171 halaman
Cetakan Pertama 2007 (Edisi Baru Wira Bukit)
ISBN: 9789833922055
Kulit Keras
Keledang
mengisahkan mengenai pengalaman getir dan cemas - tapi penuh
harapan - sekumpulan penduduk kampung yang terjebak dalam
cengkaman penjajahan Jepun.
Dalam novel ini dipaparkan bagaimana di tengah-tengah
ancaman -malah penipuan - penjajah dan warga sendiri,
sekelompok orang Kampung Bukit Keledang masih tetap gigih
bertahan mengharungi dan menyakini masa depannya.
Novel ini terisi dengan pelbagai rencah pengalaman hidup
yang bakal mengayakan khazanah pengalaman batin kita.

Rumah Rahsia
Genre: Novel Remaja
Mukasurat: 119 halaman
Cetakan Pertama 2008
ISBN: 9789833922093
Kulit Keras
Novel ini
merakamkan kisah sekumpulan pelajar cerdik yang mengadakan
sebuah ekspedisi tahunan pada musim cuti sekolah. Antara
lain, mereka mendepani beberapa peristiwa ganjil dan masalah
mencabar yang mendorong mereka untuk sentiasa belajar
memupuk semangat bekerjasama secara penuh waspada dan waras.
Rumah Rahsia
memanglah sebuah pengalaman dunia pelajar yang menarik dan
membijaksanakan.

Yang Berat Sama Dipikul
Genre: Novel Remaja
Mukasurat: 77 halaman
Cetakan Pertama 2008
ISBN: 9789833922017
Kulit Keras
Yang Berat
Sama Dipikul merakamkan kisah sekumpulan kanak-kanak
membantu teman mereka untuk mula berniaga supaya dapat terus
melanjutkan persekolahan.
Paduan watak
remaja dan dewasa secara seimbang dan membina ini menjadikan
novel kecil ini sangat mendidik dan mengilhamkan.
Ceritanya sangat
sederhana, tapi kesannya amat mendalam.

Yang Berat Sama Dipikul
Genre: Novel Remaja
Mukasurat: 94 halaman
Cetakan Pertama 2008
ISBN: 9789833922079
Kulit Keras
PADA dekad
1960-an ketika budaya SMS dan e-mel belum menetas,
sekumpulan kanak-kanak berusaha mengisi masa cuti sekolahnya
secara pintar dan gigih.
Dalam bahasa yang mudah dan manis, itulah yang setia
dirakamkan dalam novel "Bendera Di Atas Bukit" ini.
Apa yang dikesan adalah satu rentetan pengalaman menarik
kanak-kanak abad lalu yang sangat wajar diketahui oleh
kanak-kanak zaman ini.
"Bendera Di Atas Bukit" memang membimbing dan mendidik.

68
Soneta Pohon Ginkgo
Genre: Puisi
Mukasurat: 103 halaman
Cetakan Pertama 2008
ISBN: 9789833922116
Kulit Nipis
PADA dekad
1960-an ketika budaya SMS dan e-mel belum menetas,
sekumpulan kanak-kanak berusaha mengisi masa cuti sekolahnya
secara pintar dan gigih.
Dalam bahasa yang mudah dan manis, itulah yang setia
dirakamkan dalam novel "Bendera Di Atas Bukit" ini.
Apa yang dikesan adalah satu rentetan pengalaman menarik
kanak-kanak abad lalu yang sangat wajar diketahui oleh kanak-
|