Archive for the ‘Acara’ Category

Menjelang 75 Tahun A. Samad Said

Saturday, August 8th, 2009

menjelang00

Kredit: Buku Cenderamata oleh ITNM

Majlis Penghargaan “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said” dan Pelancaran Buku Fansuri’s Love dan Ballad of The Lost Map oleh ITNM berjalan dengan lancar jam 8.30 hingga 11.00 malam tadi bertempat di Auditorium DBP, Bangunan Lama DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

menjelang01

Ketua Pengarah DBP, Dato’ Termuzi Abdul Aziz

menjelang02

Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd. Khair Ngadiron

menjelang03

Pelancaran disempurnakan bersama oleh Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd. Khair Ngadiron dan Ketua Pengarah DBP, Dato’ Termuzi Abdul Aziz. Turut kelihatan ialah
Encik Razin Abd. Rahman, Pengurus Kanan Jabatan Korporat ITNM.

menjelang04

menjelang05

Fansuri’s Love dan Ballad of The Lost Map

Acara dimeriahkan lagi dengan acara-acara yang diatur seperti berikut:

  • “A. Samad Said yang Saya Kenali” – Pengenalan oleh Nisah Haron
  • Bacaan puisi I: Prof. Rahman Shaari
  • Bacaan puisi II: Shukri Abdullah
  • Nyanyian lagu puisi I: Taheerah Rosheena Mohamed
  • Bacaan puisi III: Zurinah Hassan
  • Bacaan puisi IV: Raja Rajeswari Seetha Raman
  • Bacaan puisi V: Dr. Chew Fong Pang
  • Pementasan hasil “Bengkel Penghayatan Karya A. Samad Said”
  • Bacaan puisi VI: Dr. Ahmad Razali
  • Bacaan puisi VII: Dr. Victor Pogadev
  • Bacaan puisi VIII: Seri Amalina Mohd Khair
  • Bacaan puisi IX: Saifullizan Yahya
  • Bacaan puisi X: Malim Ghozali PK
  • Bacaan puisi oleh Bapak.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan sessi autograf bersama Bapak.

Hari ini: Acara Menjelang 75 Tahun A. Samad Said

Saturday, August 8th, 2009

bapakprofileInstitut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Majlis Penghargaan “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said” pada 8 Ogos 2009 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis ini dianjurkan bagi mengenang dan menghargai karya serta sumbangan Sasterawan Negara Datuk (Dr.) A. Samad Said membangunkan bidang sastera kebangsaan, selain bertujuan meraikan menjelangnya 75 tahun usia beliau pada 9 April 2010.
Majlis penghargaan ini akan diadakan dalam dua acara, iaitu “Bengkel Penghayatan Karya A. Samad Said” pada 8 Ogos 2009 bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, sebelum kemuncak acara “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said” bermula jam 8.00 malam sekali gus melancarkan buku Fansuri’s Love dan Ballad of the Lost Map (terjemahan Cinta Fansuri dan Balada Hilang Peta) di Auditorium DBP, Kuala Lumpur.

“Bengkel Penghayatan Karya A. Samad Said” akan disertai oleh mahasiswa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Setiap peserta dibahagikan kepada tiga bengkel yang dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman, iaitu terdiri daripada Nam Ron (bengkel seni teater), Sharifah Maswari Syed Bakar & Drew Harris (bengkel seni tampak), dan Taja Meet Uncle Hussain (bengkel seni muzik). Bengkel ini merupakan usaha untuk merangsang minda generasi muda selain memberikan lebih pendedahan untuk mengadaptasikan beberapa karya Sasterawan Negara keempat (1986) ini. Cara ini juga berfungsi sebagai simbolik ekspresi generasi muda menghargai nilai hasil karya Datuk (Dr.) A. Samad Said. Hasil bengkel ini akan dapat dipersembahkan di kemuncak acara “Menjelang 75 Tahun Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said” bermula jam 8.00 malam di Auditorium DBP.

Majlis ini menjadi lebih bermakna kerana buku Fansuri’s Love dan Ballad of the Lost Map (terjemahan Cinta Fansuri dan Balada Hilang Peta) turut dilancarkan. Acara pelancaran buku terjemahan terkini terbitan ITNM hasil karya Datuk (Dr.) A. Samad Said ini akan disempurnakan bersama oleh Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd. Khair Ngadiron dan Ketua Pengarah DBP, Dato’ Termuzi Abdul Aziz di hadapan beberapa Sasterawan Negara, Pemenang Anugerah S.E.A. Write, dan penggiat sastera tanah air.

Selain persembahan hasil daripada “Bengkel Penghayatan Karya A. Samad Said”, pelbagai persembahan kebudayaan turut diadakan. Nisah Haron memulakan acara dengan menceritakan “A. Samad Said yang Saya Kenali”. Beberapa penggiat sastera turut tampil membacakan dan menyanyikan lagu puisi, antaranya Profesor Rahman Shaari, Dr. Chew Fong Pang, Raja Rajeswari Seetha Raman, Dr. Victor Pogadev, Malim Ghozali PK, dan Datuk (Dr.) A. Samad Said sendiri.

Sumber: ITNM

Bapak di Central Market pada 19 Julai 2009

Thursday, July 16th, 2009

Acara “Baca Puisi Sasterawan Negara: A. Samad Said & Usman Awang” akan berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2009 (Ahad) sebagai salah satu acara sempena Festival Kuala Lumpur.

Acara yang dianjurkan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Central Market Sdn Bhd, Kuala Lumpur sempena Festival Kuala Lumpur (anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Komunikasi, Penerangan dan Kebudayaan . Temanya adalah Satu Malaysia: Di Sini Semaraknya Seni!

Tarikh
19 Julai 2009 (Ahad)

Masa
7:00 petang – 9:00 malam

Tempat
Pentas Terbuka, Pasar Seni, Kuala Lumpur

Semua dijemput hadir.

PERHATIAN: Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, bapak tidak dapat hadir di Pasar Seni pada har Ahad ini. Harap maklum.