|
A. Samad Said
A. Samad Said
dilahirkan pada 9 April 1935 di Belimbing Dalam, Durian Tunggal,
Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu
Kota Raja, Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran tingginya ke
Victoria Institution, juga di Singapura.
Atas jasa dan khidmat bakti beliau dalam bidang kesusasteraan
Melayu Malaysia, beliau dianugerahkan pelbagai hadiah dan
penghargaan seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976), S.E.A.
Write Award (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Pada
tahun 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan
Kesusasteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.
|