Menunggu Kata Dari Tuhan
SEJAK November lalu, saya semakin menghadami teater “Menunggu Kata Dari Tuhan” karya Dinsman. Dalam tenteram—dan syahdu—saya cuba mengunyah pesanan pentingnya—sesuatu yang saya kira wajar dan waras dihayati umum. Teater ini mengasuh kita “bercakap benar”.
Kini memang semakin ramai yang “bercakap TIDAK benar”.
Mungkin mulanya jenakaan, tapi kini sungguhan, saya sudahpun cuba “menghafaz” dialog drama tersebut. Payah bagi orang tua, tapi, seperti selalu, saya sedia dicabar.
Saya menyungguhinya kerana berazam untuk berlakon sebagai Kaab bin Malik. Satu peranan yang sangat mencabar, tapi menghampiri 9 April 2010—ya, hari saya berusia 75!—saya menggagahinya. Sejak 24 Disember, 2009, hampir setiap hari—hingga semalam—saya megulangi “Menunggu Kata Dari Tuhan” sekurang-kurangnya sekali sehari (tapi ada kalanya tiga kali sehari!)
Saya mempunyai pelakon contoh yang jempul—Sabri Yunus. Saya telah menyaksikannya berlakon sebagai Kaab bin Malik sebanyak empat kali di “panggung” dan negeri yang berbeza. Tiga kali di Selangor dan sekali di Melaka.
Saya tidak menjanjikan kejutan; saya cuma menjanjikan kesahajaan.
Dengarnya Dinsman sudahpun mula “mencari penaja”. Entah tersangkut atau tidak, tapi, yang pasti saya akan terus berlatih.
Sebelum ditanya “mengapa berlakon?” biarlah saya menjawabnya dulu. Saya bukan berlakon—saya berdakwah. Apakah yang sebaiknya dilakukan oleh seorang setua saya selain daripada berdakwah.
Saya akan tulis perkembangan selanjutnya.
Salam.


Berteka teki saya tentang ‘ Kata Dari Tuhan’ yang Pak Samad mengulanginya sebanyak ’sekali dan adakalanya tiga kali sehari’?
Kita perlu kembali kepada fitrah untuk ‘ sentiasa bercakap benar’ bak sabda Rasullallah saw ‘ Bercakap benarlah walaupun pahit’ tetapi seramai mana yang sanggup ‘ bercakap benar walaupun pahit’?
Teruskan usaha Pak Samad untuk berdakwah, mudah-mudahan mendapat rahmat dari Nya jua, Insyallah.
[Reply]
Saya amat mengagumi Pak Samad ketika membacakan sajak-sajaknya tetapi kekaguman saya pasti siaga saat nanti menyaksikan Pak Samad lewat aksi lakonnya, terutama dengan niat berdakwah, harus tabik kepada idola agung saya ini.
HA
[Reply]
Semoga Pak Samat senantiasa berada dalam keadaan sihat dan diberkatiNya
[Reply]
Tahniah ………. hidup perlu dimaknakan …..
[Reply]
Lantai T Pinki ………. saya baca 5 x ………
[Reply]
asalamualikum
saya selalu membaca sajak sajak mu
novel salina .. hilang entah kemana
saya dapati di kedai 2an
tapi hilang ntah kemana
[Reply]
salam pak,
Hmm .. barangkali kita tidak perlu menunggu kata dari Tuhan, kerana Tuhan telah kata dalam al-Quran!
[Reply]
teringin nonton bapak rehearsal
[Reply]
sayang at0k!
[Reply]