Dari Salina ke Langit Petang
Wednesday, April 18th, 2007Alhamdullillah, “Dari Salina ke Langit Petang” selamat diterbitkan. Inilah proses penerbitan
yang paling mencabar buat Wirabukit setakat ini. Bermula dengan pemilihan judul-judul, input bahan-bahan ke dalam komputer, rekabentuk grafik, urusan ISBN dan data pengkatalogan, pemilihan kertas dan pemasaran, kami benar tidak sedar kita kini di awal Februari 2007!
Rancangan menerbitkan 8 judul untuk tahun 2007 adalah satu usaha mengukuhkan kedudukan Wirabukit. 8 Judul Yang Bakal Diterbitkan WBSB Pada 2007:
Edisi Seni Warisan Melaka:
1. Dari Salina Ke Langit Petang – Sudah terbit!
2. Cinta Fansuri – Sudah terbit!
3. Keledang – Sudah terbit!
Novel Kanak-kanak:
1. Rumah Rahsia – (awal 2008)
2. Bendera Di Atas Bukit – (awal 2008)
3. Yang Berat Sama Dipikul – (awal 2008)

